Hilux jatuh sungai, lelaki hilang

Kenderaan pacuan empat roda jenis Toyota Hilux yang terjunam ke dalam Sungai Keluang Besar dekat jambatan Tembila, disini dinaikkan ke darat dengan bantuan kren. Gambar dan video kredit Group Whatsapp

BESUT— Kenderaan pacuan empat roda jenis Toyota Hilux yang terjunam ke dalam Sungai Keluang Besar dekat jambatan Tembila, disini telah dijumpai dan dinaikkan ke darat dengan bantuan kren pada petang semalam.

Ketua Balai Bomba Dan Penyelamat Besut, Mohamad Jusoh berkata, kenderaan yang dipandu Shukri Wahab, 52, itu dijumpai di dasar sungai sedalam kira-kira empat meter pada jam 5.15 petang dan berjaya dinaikkan jam 6.25 petang.

“Bagaimanapun, katanya, pemeriksaan awal mendapati jasad peniaga yang berasal dari Tawang, Bachok itu tidak ditemui di dalam kenderaan berkenaan,” katanya dipetik Berita Harian.


Beliau menambah, jarak kenderaan itu ditemui dari lokasi kemalangan iaitu Jambatan Tembila dianggarkan kira-kira 10 meter.

Sementara itu usaha mencari dan menyelamat mangsa yang terperangkap dalam sebuah Hilux yang terhumban ke dalam sungai di Kampung Tembila diteruskan pagi ini.

Mohamad berkata, operasi mencari dan menyelamat mangsa akan diteruskan dengan kaedah teknik pencarian di permukaan.


Dalam kejadian jam 6 pagi semalam, mangsa bersama isterinya Azizah Mohamad Yusof, 51, dalam perjalanan mengambil stok keropok di Kuala Terengganu dari rumah mereka di Tawang, Bachok.

Semasa tiba di lokasi kejadian, Hilux yang dipandu mangsa hilang kawalan lalu terjunam ke dalam sungai.

Azizah terselamat selepas tersangkut pada sebatang pokok di tebing sungai kira-kira 500 meter dari lokasi kejadian dan sempat meminta tolong daripada penduduk
Next Post Previous Post