FAM santuni bekas penyerang negara yang menderita kanser
Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) menyantuni bekas penyerang negara, Syed Ahmad Syed Abu Bakar yang menderita kanser. Gambar kredit FB FAM |
Hamidin berkata bekas penyerang berusia 76 tahun itu merupakan legenda bola sepak negara yang disegani dan pengorbanannya dikenang hingga ke hari ini.
“Ketika masih kecil, saya pernah menyaksikan corak permainan beliau di kaca televisyen, saya merasakan beliau antara lagenda bola sepak negara ketika itu. Saya dan pihak FAM mendoakan beliau terus pulih dan kembali sihat seperti sedia kala,” katanya kepada pemberita selepas kunjungan ke rumah Syed Ahmad di sini, hari ini.
Syed Ahmad Syed Abu Bakar pernah menjaringkan gol dalam aksi kelayakan Sukan Olimpik di Seoul, Korea Selatan pada 1971. |
Turut hadir dua Timbalan Presiden FAM Datuk Mohd Yusoff Mahadi dan Datuk Sivasundaram, Setiausaha Agung Mohd Saifuddin Abu Bakar dan Presiden Persatuan Bolasepak Perlis (PFA) Zamri Ibrahim.
Sepanjang bergelar penyerang pasukan kebangsaan, Syed Ahmad pernah menjaringkan gol dalam aksi kelayakan Sukan Olimpik di Seoul, Korea Selatan pada 1971, sekali gus menyaksikan Malaysia layak ke temasya Olimpik di Munich, Jerman pada 1972.
Sementara itu, Syed Ahmad berkata beliau sangat gembira menerima kunjungan daripada rombongan FAM.
“Saya berharap pemain bola sepak sekarang lebih bersemangat kerana kita bermain untuk satu pasukan dan bukan untuk satu nama,” katanya.
-- BERNAMA