Empat sekeluarga nyaris maut kereta terbabas

Gambar kredit Bomba Sarawak

MIRI— Empat sekeluarga nyaris maut apabila kereta yang dinaiki bertembung treler bermuatan minyak hingga terbabas ke tepi jalan berhampiran lampu isyarat, Desa Senadin, Kuala Baram pagi tadi.

Pusat Gerakan Operasi Bomba Sarawak dalam kenyataan berkata, anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Lopeng terus bergegas ke lokasi kejadian selepas menerima laporan kira-kira pukul 8.47 pagi.


“Sampai di lokasi, komander Operasi melaporkan kemalangan melibatkan sebuah kenderaan Perodua Bezza dan treler bermuatan minyak bertembung dari arah bertentangan menyebabkan Perodua Bezza terbabas ke tepi jalan.”

“Perodua Bezza tersebut dinaiki empat orang mangsa yang terdiri daripada dua kanak-kanak lelaki dan dua wanita."


"Pemandu wanita mengalami kecederaan di bahagian kaki serta tangan manakala mangsa perempuan di tempat duduk hadapan mengalami kecederaan kaki sahaja.”

Manakala dua penumpang kanak-kanak masing-masing berusia 6 dan 3 tahun hanya mengalami kecederaan ringan.


Tambahnya, kesemua mangsa tersebut tidak tersepit dan telah dikeluarkan oleh pihak Bomba menggunakan pengusung seterusnya diserahkan kepada pihak ambulans untuk tindakan lanjut.

Manakala pemandu treler tidak mengalami sebarang kecederaan.
Next Post Previous Post