Ejen Judi Online Di Bau Diberkas



BAU: Lima individu yang terlibat sebagai ejen judi atas talian diberkas pihak polis sekitar Jalan Jambusan dan Pekan Bau, di sini, semalam.

Suspek terdiri daripada tiga lelaki dan wanita berusia 18 hingga 56 tahun ditahan dalam Op Dadu Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Bau yang dijalankan antara jam 1.45 tengah hari hingga jam 3.37 petang.


Ketua Polis Daerah Bau DSP Poge Nyaon berkata, kesemua suspek ditangkap di empat kedai berasingan di kawasan itu.

"Turut dirampas ialah empat unit telefon pintar pelbagai jenama, seunit mesin EPay, dua keratan kertas slip EPay dan sejumlah wang tunai," katanya dalam kenyataan hari ini.


Poge berkata, semakan yang dilakukan kesemua suspek tidak mempunyai rekod kesalahan lampau.


"Ke di siasat mengikut Seksyen 4(1)(c) Akta Rumah Judi Terbuka 1953.

"Denda tidak kurang RM5,000 dan tidak lebih daripada RM 50,000 atau hukuman penjara selama tempoh tidak melebihi tiga tahun penjara jika sabit kesalahan," tegasnya.
Next Post Previous Post