Dua buah rumah ranap terbakar, 27 penghuni tinggal sehelai sepinggang
Foto BBP Bintulu |
Ketua Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Zon 5, Wan Kamarudin Wan Ahmad berkata, seramai 17 anggota Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bintulu dengan menggunakan dua buah FRT bergerak ke lokasi kejadian selepas menerima panggilan berhubung kebakaran pada jam 1.12 tengah hari.
Video: BBP Bintulu
Menurut beliau, sampai di lokasi kejadian, pasukannya menggunakan 4 aliran air dan nozel yang sumber air dari pili bomba bagi memadam kebakaran yang berlaku.
Maklumat awal yang diterima katanya mengesahkan dua buah rumah jenis tidak kekal dua tingkat itu musnah sepenuhnya dalam kebakaran.
"Turut difahamkan rumah pertama dihuni oleh enam sekeluarga manakala sebuah lagi dihuni seramai 21 individu yang tinggal menyewa," ujarnya.