Curi letrik, 85 mesin lombong Bitcoin bernilai RM425, 000 dirampas

Gambar ihsan Sarawak Energy

MIRI: Kegiatan mencuri bekalan elektrik dua premis rumah kedai yang dijadikan sebagai pusat operasi melombong bitcoin di sini terbongkar.

Sarawak Energy Berhad menerusi Facebook rasminya berkata, dalam serbuan berasingan ke atas dua premis terbabit, sebanyak 85 mesin melombong bitcoin bernilai RM425, 000 dirampas. 


"Sejak 2020, sejumlah 81 kes kecurian elektrik berkaitan aktiviti melombong bitcoin telah dikesan di negeri ini.

"Daripada jumlah itu, Kuching 24 kes, sembilan kes di Sibu, 45 kes di Miri dan tiga kes di Bintulu," katanya. 


Bagi kesalahan mencuri elektrik boleh dikenakan denda sehingga RM100, 000 atau lima tahun penjara.

Tegas SEB, mencuri elektrik dengan sistem pendawaian yang tidak menepati standard boleh mengundang bahaya dan keselamatan kepada orang ramai selain menyebabkan kebakaran.
Next Post Previous Post