Char Kuew Teaw Pyor ‘pukau’ pelanggan
Menu hasil penangan Wan Hairuddin Fahmi dan isterinya Selina Pion yang juga merupakan Pemilik Pyor Limbang Lekor Selina terus dipenuhi pelanggan yang datang untuk menjamu selera.
“Baharu diperkenalkan sambutan yang diterima memang hangat, kami memang tidak menang tangan,”kata Selina kepada Borneo Network hari ini.
Dalan tempoh tersebut katanya mereka berjaya menyiapkan hampir 50 tempahan.
Char Kuew Teaw Pyor dijual dengan harga dari RM7 hingga RM 12 berdasarkan menu ayam, udang dan kerang.
Semakin maju, Selina berkata mereka pernah ‘diusir' oleh pihak berkuasa tempatan ketika berjaja di tepi jalan sebelum meluaskan 'empayar' perniagaan.
“Jika dulu hanya berjaja di tepi jalan pada awal penubuhannya, kini Pyor Limbang melangkah maju setapak ke hadapan dengan menubuhkan kedai ke-empat di bandar ini,”katanya.
Bersusah susah dahulu, bersenang-senang kemudian, terus menjadi panduan kepada pasangan suami isteri itu untuk meluaskan perniagaan mereka.
Menurut Selina beberapa kios yang dibuka ditepi jalan sebelum ini terpaksa ditutup akibat ‘penangan' Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dilaksanakan ekoran pandemik COVID-19.
Beliau berkata dari tepi jalan hingga ke kedai selesa, mereka mencipta jenama secara perlahan-lahan sehingga mempunyai pelanggan setia tersendiri.
Menu istimewa seperti teh pyor, kerepok lekor pada awal penubuhnya terus memikat selera pelanggan yang datang walaupun hanya berjaja di tepi jalan.
“Alhamdulillah Pyor Limbang berjaya membuka kedai Keropok Lekor Selina iaitu kedai ke-empat di Wayang Street,”katanya lagi.
Perasmian kedai Lekor Selina hujung tahun lalu dilakukan Wali Kota Majlis Daerah Limbang (MDL) Kaunselor Sufian Mohat.
Jelas Selina sebelum pembukaan kedai tersebut,Pyor Limbang mempunyai cawangan di Kampung Bunga Raya iaitu lokasi memproses minuman sebelum dijual di tepi jalan.
“Pyor Limbang juga mempunyai gerai di Limbang Plaza yang menjual air dan makanan yang dihantar pelanggan selain kios berhampiran Medan Bangkita yang hanya beroperasi selama tujuh bulan selepas tamat kontrak,”katanya lagi.

Selain char kuew teaw pyor’ Kedai Keropok Lekor Selina menampilkan menu utama seperti sup daging peorr, ayam percik cikgu, nasi daging bakar, laksa penang, keropok lekor selain menjual air, kuih dan makanan di luar kedai dan ayam gunting pyor yang bakal berada di pasaran minggu depan.