Buruh ditahan miliki syabu
Suspek beserta dadah jenis syabu seberat 5.12 gram yang ditemukan dalam simpanannya sejurus ditahan. (gambar ihsan BSJN IPD Mukah) |
BSJN dalam kenyataannya hari ini berkata, hasil maklumat serta risikan yang dijalankan, pasukannya memberhentikan sebuah kereta jenis Perodua Kancil yang berada dalam keadaan mencurigakan lalu di kawasan terbabit.
Hasil pemeriksaan yang dijalankan terhadap suspek telah menemukan satu paket lutsinar berisi ketulan kristal dipercayai dadah jenis syabu seberat 5.12 gram.
"Suspek yang bekerja sebagai buruh itu kemudiannya dibawa ke Lokap Balai Polis Mukah untuk siasatan lanjut," ujarnya.
Ujian saringan air kencing yang dijalankan ke atas suspek mengesahkannya positif mengambil dadah jenis Amphetamine.
Kes ini akan disiasat dibawah Seksyen 39A(1) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan Seksyen 15(1) (a) Akta Dadah Berbahaya 1952.