Betik Gergasi di Limbang, benih dari Brunei

Sari Sulaiman

LIMBANG: Tiba-tiba saja betik gergasi ini menjadi viral ekoran saiznya yang agak besar dan berat. 

Baharu saja ‘mendarat’ di gerai bangunan Tamu Limbang, milik Ros Ina 41, betik gergasi ini laris bak ‘goreng pisang panas’. 

Dijual dengan harga RM15 sebiji, pengunjung berebut-rebut untuk membeli buah betik terbabit setiap satu seberat 10 kilogram. 

“Banyak yang bertanya mengenai buah betik ini, tapi sudah habis dijual, tidak sampai setengah jam, betik ini sudah dibeli dengan harga RM15 oleh seorang pembeli” kata ibu kepada Ros Ina, Sari Sulaiman 61 kepada Borneo Network hari ini. 

Rm10 kg

Sari mendedahkan beliau tidak menyangka benih betik gergasi yang diberi iparnya dari Brunei Darussalam tiga tahun lalu boleh membesar dengan subur dan bersaiz besar berbanding buah betik yang lain. 

“Memang tidak sangka betik ini boleh ‘membesar’ dengan subur,mula-mula saya ingat pohon betik ini hanya seperti pohon betik yang lain,”katanya. 

Sari berkata sepohon betik itu hanya mengeluarkan tiga hingga dua biji buah dengan saiz yang agak besar. 

“Inilah kali pertama pohon betik saya berbuah, sebelum ini ada mengeluarkan bunga tetapi gugur dan tidak menjadi,syukur kali ini mengeluarkan hasil,”katanya. 

Sementara itu Pegawai Pertanian Bahagian Limbang, Jakaria Rambli ketika dihubungi berkata pihaknya masih mengenalpasti baka betik tersebut. 

“Di Malaysia belum ada baka jenis ini kecuali ‘Genetic Mutation’, tetapi belum ada nama baka khas,”jelasnya lagi.
Next Post Previous Post