Bayi 8 bulan derita ketumbuhan pada otak selepas dijangkiti COVID-19
Datuk Rubiah Wang meluangkan masa melawat Mustaqim dan ibunya di Kampung Sungai Mata. |
KOTA SAMARAHAN— Sudah jatuh ditimpa tangga, begitu nasib bayi lapan bulan yang kini derita menghidapi ketumbuhan pada otak selepas dijangkiti COVID-19 pada tahun lalu.
Memetik laporan Pusat Khidmat Rakyat P197 Kota Samarahan, keperitan adik Mustaqim Mazlan, 8 bulan, dari Kampung Sungai Mata, di sini mendapat perhatian Ahli Parlimen Kota Samarahan Datuk Rubiah Wang yang menziarahinya di kediaman semalam.

Rubiah semasa melakukan lawatan turut ditemani Penghulu Kampung Sungai Mata, Elen Mustapha dan Ketua Kaum Sungai Mata.
Beliau meminta orang ramai untuk turut sama membantu dengan menitipkan doa agar adik Mustaqim diberikan kesembuhan dari penyakit ini serta pulih seperti sediakala.
Terdahulu, Rubiah menyantuni majlis perkahwinan Shamsul Osman dengan pasangannya Nor Atikah Matnor di kampung yang sama.