Aktif Pecah Rumah Awal Pagi, 3 Lelaki Akhirnya Diberkas


KUCHING: Aktif melakukan kegiatan pecah rumah awal pagi, tiga lelaki akhirnya diberkas ketika melakukan kegiatan terbabit di sebuah rumah di Sungai Maong, di sini Sabtu lalu.

 

Ketua Polis Daerah Kuching, ACP Ashmon Bajah berkata, ketiga-tiga suspek berusia 30 hingga 39 tahun itu ditangkap Unit Kereta Peronda(MPV) IPD Kuching di dalam rumah tersebut.


 

"Tangkapan adalah hasil maklumat orang ramai,malah ketiga-tiga suspek gagal mengemukakan pengenalan diri ketika tangkapan.

 

"Salah seorang suspek turut mempunyai tiga rekod jenayah lampau berkaitan dadah dan curi," katanya dalam kenyataan hari ini.

 

Katanya, pihak polis turut melakukan rampasan barang kes seperti pemotong,tukul, parang dan pemain DVD.

 

"Modus operandi kumpulan ini ialah melakukan kegiatan pecah rumah sekitar jam 2 pagi hingga 5 pagi," ujarnya.

 

Katanya, ketiga-tiga mereka ditahan di bawah Seksyen 117 Kanun Keseksaan dan direman tujuh hari mulai 7 Februari, kes diklasifikasikan mengikut Seksyen 457 Kanun Keseksaan.

Next Post Previous Post