Aksi persahabatan ubat ‘rindu’ pemain Apacer FC dan PSKPP Limbang


LIMBANG— Perlawanan persahabatan di antara pasukan bola sepak Apacer FC dengan Persatuan Sukan dan Kebudayaan Perkhidmatan Pendidikan (PSKPP) Limbang menjadi landasan kepada pemain untuk melepas ‘rindu’ mempamer aksi selepas pandemik COVID-19.

Perlawanan edisi sulung yang dianjurkan oleh Kelab Sosial Komuniti Apacer itu sekaligus merancakkan semula industri bola sepak tempatan yang agak malap ekoran COVID-19 sebelum ini.

Pengerusi Kelab Sosial Komuniti Apacer Adrian Usup berkata perlawanan itu amat ditunggu pemain dan peminat sukan nombor satu itu selepas dua tidak dapat beraksi susulan pandemik COVID-19.


“Lebih manis pasukan Apacer- Apacer FC dapat menguasai perlawanan sekali gus menjinakkan pasukan PSKPP dengan jaringan 4-3.”

“Ini petanda positif para pemain untuk terus mengukuhkan cengkaman di persada bola sepak tempatan,”katanya kepada Borneo Network hari ini.

Adrian menjelaskan perlawanan persahabatan turut disertai ramai pemain handalan yang pernah menjarung jersi Liga Limbang hingga ke peringkat negeri.

“Kalah menang itu nombor dua, paling penting adalah untuk melepas kerinduan untuk beraksi dipadang, mengukuh kerjasama dan memeriahkan lagi industri bola sepak tempatan,”katanya lagi.

Bagaimanapun beliau berharap agar pihak berkaitan dapat menyediakan dan membuka lebih banyak padang sebagai venue perlawanan untuk kegunaan awam sebagai latihan dan aksi pemanas badan.

“Ini kerana padang Majlis Daerah Limbang yang dijadikan venue tetap beraksi setiap petang kini ditutup untuk dinaik taraf dan memberi laluan kepada projek pembinaan Dataran Awam Limbang sekarang.

“Kemudahan padang ini perlu disediakan lebih banyak lagi dalam merancakkan kembali sukan bola sepak di daerah ini yang sebelum ini agak malap ekoran pandemik COVID-19,”katanya lagi.

Kapsyen gambar : Perlawanan persahabatan antara Apacer FC dan PSKPP Limbang mengubat ‘rindu’ pamer aksi selepas pandemik COVID-19.
Next Post Previous Post