ADB lulus pinjaman US$150 juta pembangunan lestari Indonesia
“Ia bakal meningkatkan pembangunan infrastruktur mampan dan mempercepatkan pemulihan negara daripada pandemik COVID-19 serta menyuntik modal dan mewujudkan peluang pekerjaan,” kata ketua Kewangan Lestari dan Inovatif ADB bagi Asia Tenggara, Anouj Mehta dalam satu kenyataan pada Rabu.
Pinjaman di bawah SDGs Satu Indonesia-Kemudahan Kewangan Lestari yang pertama seumpamanya di Asia Tenggara akan membiayai 10 projek, dengan 70 peratus diperuntukkan kepada infrastruktur hijau manakala selebihnya untuk SDG.
Pinjaman itu akan dipinjamkan semula kepada PT Sarana Multi Infrastruktur (PT SMI), sebuah institusi pembiayaan infrastruktur milik kerajaan yang akan mengendalikan kemudahan itu.
ADB juga meluluskan bantuan teknikal bagi membantu mengukuhkan keupayaan PT SMI melaksanakan kemudahan itu serta memperluas perkhidmatan firma bagi menyokong pinjaman dan memangkin pembiayaan swasta.
Bantuan teknikal bernilai US$1.2 juta disalurkan Jabatan Hal Ehwal Luar Negeri dan Perdagangan Australia manakala US$375,000 daripada Dana Khas Perkongsian Pembangunan Sektor Kewangan Luxembourg.
-- BERNAMA