8 Saman Berkaitan Kesalahan Motosikal Dikeluarkan
TIADA LESEN: 4 unit motosikal yang dirampas polis dan dibawa ke IPD Mukah untuk tindakan lanjut. (Foto Laman FB IPD Mukah) |
MUKAH: Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Mukah telah mengeluarkan 8 saman berkaitan pelbagai kesalahan motosikal dalam Op Motosikal yang dijalankan sekitar Bandar Mukah pada petang Sabtu.
Jurucakapnya berkata, daripada 17 buah motosikal yang diperiksa dalam operasi yang dijalankan dari jam 4.30 petang hingga 8.30 malam itu, 8 daripada didapati melanggar undang-undang jalan raya yang telah ditetapkan.
"Antara kesalahan trafik yang dikenalpasti ialah pemanduan melebihi had yang ditetapkan, pemanduan secara berbahaya serta tidak mempunyai lesen memandu yang sah," ujarnya.
Empat daripada motorsikal terbabit turut dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Mukah kerana pemiliknya gagal mengemukakan lesen memandu yang sah.
Beliau berkata, operasi yang melibatkan seorang pegawai dan tiga anggota penguatkuasa ini sebagai mencapai objektifnya iaitu bagi membanteras kegiatan mat rempit sekitar laluan utama yang sering dijadikan sebagai sebagai medan perlumbaan secara haram.
"Dalam operasi kali ini, pihak kita mensasarkan Jalan Tapak Pesta Kaul Mukah yang sering kali dijadikan medan perlumbaan serta tempat penunggang motosikal melakukan aksi berbahaya terutama pada waktu malam dan hujung minggu," tegasnya.