79 peratus daripada 191 kematian ibu hamil tidak terima vaksin
Gambar hiasan |
Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata kesemua kematian dalam kalangan ibu hamil yang dilaporkan sejak pandemik COVID-19 melanda negara, turut melibatkan 83 peratus daripada mereka yang mempunyai komorbiditi.
Namun menurutnya, bagi tahun ini sehingga 15 Feb, tiada kes kematian melibatkan ibu hamil disebabkan oleh jangkitan COVID-19 dilaporkan.
"Liputan vaksin yang tinggi iaitu 94.7 peratus pada umur 18 tahun ke atas telah tercapai pada Oktober 2021 dan ini menyumbang kepada penurunan kematian ibu hamil akibat komplikasi COVID-19,” katanya dalam satu hantaran di laman Facebook beliau.
Beliau berkata sejumlah 18,277 kes jangkitan COVID-19 dalam kalangan ibu hamil dilaporkan dari Mac 2020 sehingga Januari tahun ini.
-- BERNAMA