4 buah pikap dikebas


BETONG: Empat buah kenderaan model Toyota Hilux dilaporkan hilang malam tadi menimbulkan kegusaran penduduk di sini


Keempat-empat kenderaan itu dipercayai milik penduduk rumah panjang Perdu, Spak yang dikhuatiri hilang serentak.


Menurut sumber kenderaan yang hilang bernombor pendaftaran QBB 6459, berwarna putih dua pintu, QAA 7322K dan QAA 8658P masing-masing berwarna putih dengan empat pintu selain QBC 1284 yang berwarna kelabu mempunyai empat pintu.

Sumber juga memberitahu kehilangan disedari sekitar jam 2.30 pagi oleh penduduk rumah panjang terbabit.


Diberitakan juga bahawa salah sebuah daripadanya telah ditemukan tersadai di jalan ladang Kerapa, Spak dekat sini.

Walau bagaimanapun laporan polis telah dibuat berhubung kehilangan tersebut oleh pemilik.

Orang ramai yang mengenali dan melihat kenderaan tersebut bolehlah melaporkan di Balai Polis berdekatan.
Next Post Previous Post