16 Setiausaha Politik Ketua Menteri angkat sumpah
Gambar kredit UKAS |
Upacara diketuai Ahli Dewan Undangan Negeri Tupong, Fazzruddin Abdul Rahman, antara muka baharu yang dilantik itu selain Niponi Udek, Susan Clement Ingun, Damen Rejek dan Datuk Balang Rining @ Nelson.
Seramai 11 lagi individu yang mengekalkan jawatan itu terdiri daripada Kenil Jaraiie, Victor Angang, Romeo Christopher Tegong, Abdul Samat Kethergany, Jenny Bangga, Faridah Osman, Dayang Nurfizawati Abang Abdul Karim, Datuk Seri Doris Sophia Brodie, Charles Chad Nissom, Tan Kai dan Teng Ung Woo.
Pelantikan kesemua Setiausaha Politik dalam kalangan ahli komponen Gabungan Parti Sarawak (GPS) tersebut telah berkuat kuasa bermula 15 Feb lepas untuk tempoh dua tahun.
Upacara itu turut disaksikan Timbalan Ketua Menteri I Datuk Amar Douglas Uggah Embas, Timbalan Ketua Menteri III Datuk Seri Dr Sim Kui Hian, Speaker Dewan Undangan Negeri, Tan Sri Mohamad Asfia Awang Nassar dan beberapa menteri kabinet negeri.
-- BERNAMA