11 Lemas dihanyutkan ombak besar di laut Indonesia
Sebelas orang maut selepas dihanyutkan ombak besar ke laut dari pantai selatan wilayah Jawa Timur Indonesia pada Ahad. Gambar Kredit FB Masiyono |
JAKARTA—Sebelas orang maut selepas dihanyutkan ombak besar ke laut dari pantai selatan wilayah Jawa Timur Indonesia pada Ahad, lapor Agensi Berita Xinhua memetik seorang pegawai pengurusan bencana tempatan.
"Tiba-tiba, ombak besar datang dan menghanyutkan mereka ke laut. Kejadian berlaku di pantai selatan pulau Jawa, dan ombaknya sangat besar. Mereka sebelumnya telah dilarang melakukan aktiviti sedemikian," katanya kepada Xinhua melalui telefon.
Dua belas yang lain terselamat daripada kejadian itu, tambahnya.
-- BERNAMA
Dua belas yang lain terselamat daripada kejadian itu, tambahnya.
-- BERNAMA