Upacara agama cetus kluster baharu

KOTA KINABALU -- Jangkitan di upacara keagaman mencetuskan satu kluster baharu di Kuala Penyu iaitu Kluster Kayul, kata Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah Datuk Masidi Manjun.


Masidi yang juga jurucakap kerajaan negeri berkaitan COVID-19, berkata kluster ini sehingga hari ini mencatatkan 24 kes termasuk empat kes baharu hari ini.

"Kluster ini dikesan selepas seorang warga emas berusia 62 tahun disahkan positif COVID-19 melalui ujian RTK."

"Beliau sebelum ini mengadakan upacara keagamaan di Kg Kayul yang turut dihadiri saudara-mara dari Kg Kayul, Kg Kebunau dan Kg Gerawat," katanya dipetik The Borneo Post hari ini.

Sementara itu Masidi menambah, Sabah mencatatkan sejumlah 265 kes baharu COVID-19 hari ini dengan 261 adalah kategori 1 dan 2.

Manakala kategori 3 (1), 4 (2) dan 5 (1).

Pada hari Jumaat, Sabah merekod sejumlah 244 kes baharu COVID-19 dengan penurunan sebanyak 13 kes berbanding Khamis.

Jurucakap perkembangan harian COVID-19 Sabah, Datuk Masidi Manjun berkata, daripada jumlah itu Penampang merekodkan kes tertinggi iaitu 50 kes diikuti Kota Kinabalu (44), Ranau (27), Kota Belud (19), Papar (16) dan Tuaran (14).

“Sejumlah 241 daripada 244 kes adalah dalam kategori 1 dan 2,” katanya dalam hantaran di Twitter hari ini.

Difahamkan, 58.2 peratus kes baharu dikesan melalui saringan kontak rapat manakala selebihnya 32.79 peratus melalui saringan tidak bergejala.

Beliau menambah, tiada kluster atau kes kematian baharu dilaporkan.

Ketika ini Sabah mempunyai 16 zon merah, jingga (7) dan kuning (4).
Next Post Previous Post