Tun M dirawat CCU, IJN


KUALA LUMPUR: Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahatir Mohamad disahkan berada dalam Unit Rawatan Koronari (CCU), Institut Jantung Negara (IJN).

Perkara itu dimaklumkan jurucakap bekas Perdana Menteri itu, hari ini seperti dipetik Utusan Malaysia.

Terdahulu,  pengamal media berkampung di luar Institut Jantung Negara (IJN) di sini bagi mendapatkan perkembangan terkini status Ahli Parlimen Langkawi itu.

 
Dr Mahathir sebelum ini dibenarkan keluar dari IJN pada 13 Jan selepas dimasukkan ke pusat perubatan itu pada 7 Jan.

Pada 8 Jan beliau menjalani prosedur perubatan elektif yang dikendalikan sepasukan doktor dari institut itu dan Pusat Perubatan Universiti Malaya.

Difahamkan IJN akan mengeluarkan kenyataan media mengenai perkara itu.
Next Post Previous Post