Tiga budak sekolah jadi Superman
KUCHING: Tiga budak sekolah antara empat ditangkap kerana melakukan aksi 'superman' dan 'wheelie' semasa menunggang motosikal di Jalan Tun Abdul Rahman Ya’kub pada Sabtu.
Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Sarawak Superintenden Alexson Naga Chabu berkata tiga suspek berusia 15 tahun dan 21 tahun.
"Suspek ditahan dalam Ops Samseng Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Sarawak dari jam 4 petang hingga 11 malam Sabtu," katanya dalam kenyataan hari ini.
Beliau berkata, tiga suspek remaja dilihat melakukan aksi ala 'Superman' dengan mengangkat kedua-dua kaki ke belakang dan bersaing sesama sendiri.
Manakala suspek keempat melakukan aksi ‘Wheelie’ dengan mengangkat tayar hadapan.
Keempat-empat suspek disiasat di bawah Seksyen 42 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987 kerana menunggang secara melulu dan membahayakan kepada diri sendiri.
Dalam operasi yang sama, sebanyak 45 pemeriksaan dilakukan terhadap individu manakala motosikal 42.
Sebanyak 84 kertas saman dikeluarkan atas pelbagai kesalahan.