Tanah runtuh ancam Rumah Angkin

KAPIT: Kerja-kerja pembaikan jalan dan hujan yang berterusan menyebabkan insiden tanah runtuh yang berlaku di Rumah Angkin, Jalan Kapit Song di sini petang tadi. 

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Bomba Sarawak menerusi kenyataan berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung insiden itu sekitar jam 3.25 petang. 
Pasukan dari Balai Bomba dan Penyelamat Kapit BBP Kapit diketuai PBK II KUP Richie Meja bersama tiga anggota digerakkan ke lokasi. 

Bagaimanapun, runtuhan itu tidak melibatkan mangsa serta struktur rumah. 
"Bomba bertindak memasang tali sawar-sawar dan menasihati penduduk rumah panjang tersebut supaya berhati-hati," katanya. 

Dedahnya, runtuhan itu disebabkan kerja-kerja pembaikan jalan ke rumah panjang dan hujan yang beterusan. 
"Semua penduduk di rumah panjang tersebut berada dalam keadaan selamat," ujarnya. 


Next Post Previous Post