Sokong pembangkang, makan gaji kerajaan

SRI AMAN — Janggal dan tidak masuk akal bagi ketua kampung yang menentang kerajaan untuk menerima elaun atau gaji daripada kerajaan, kata Menteri Muda II Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat Datuk Francis Harden.

Beliau mengibaratkan keadaan itu seperti ‘melepaskan anjing tersepit’ sambil menggelar ketua-ketua yang menyokong Pembangkang sebagai ‘membuat kesilapan’, seperti dilaporkan The Borneo Post hari ini.

“Ketua kampung dan ketua masyarakat harus ingat bahawa kerajaan negeri yang membayar elaun dan gaji mereka.”

“Mereka harus ingat bahawa kerajaan negeri tidak pernah berdendam, namun ketua kampung dan ketua masyarakat harus sedar pihak pembangkang telah terbukti tidak mampu membawa pembangunan,” katanya 
ketika berucap pada mesyuarat agung tahunan (AGM) Persatuan Ketua Masyarakat Iban Sri Aman di sebuah restoran di sini pada Sabtu.

Pada mesyuarat pemilihan jawatankuasa bagi penggal 2022-2023 itu, Harden menggesa ahli jawatankuasa yang dilantik menentukan hala tuju sebagai tuai rumah bertanggungjawab menjaga komuniti masing-masing.
Next Post Previous Post