Perahu sarat bawa pelajar ke sekolah


SABAH – Baru beberapa hari lalu, tular sebuah gambar menunjukkan kepayahan beberapa pelajar di Kampung Nelayan Sandakan, yang menyeberangi jambatan reput ke sekolah.

Hari ini ini tular foto yang menunjukkan murid-murid dari Kampung Pituru berhimpit-himpit dalam sebuah perahu kecil untuk bersekolah di SK Mangkapon.

Menerusi hantaran Facebook milik a korn korn yang dikongsikan oleh Borneo Voice, sudah lebih setahun mereka dalam keadaan begini namun tiada tindakan daripada pihak berwajib.

 
“Tolonglah mana-mana pihak kerajaan dan pertubuhan bukan kerajaan untuk menyumbangkan bot yang lebih besar dan jaket keselamatan.”

“Jangan sampai nasi sudah menjadi bubur baru bertindak,” katanya sambil menambah beliau terpaksa memunggah foto itu agar perkara itu diberi perhatian sewajarnya.


Hantaran itu turut mendapat perhatian netizen yang prihatin dengan keselamatan murid-murid tersebut.

Mereka berharap pihak berwajib mengambil tindakan segera dengan menyediakan bot yang lebih besar dilengkapi jaket keselamatan.
Next Post Previous Post