Motosikal bertembung kereta, seorang maut


BELURAN— Seorang penunggang motosikal maut manakala pemboncengnya cedera ringan selepas motosikal dinaiki bertembung dengan sebuah kereta di KM4 Jalan Telupid/Ranau pagi kelmarin.

Ketua Polis Daerah Beluran, Superintendan Kasim Muda berkata, dalam kejadian kira-kira jam 11.30 pagi itu, penunggang Mohd Shafiq Mohd Jaip, 27, semasa mendapatkan rawatan di Hospital Telupid.
“Siasatan awal mendapati motosikal tersebut datang dari arah Ranau menuju ke Kinabatangan manakala kereta tersebut dari arah bertentangan.”

“Kemalangan berlaku apbila sebuah kenderaan jenis Perodua Bezza tiba-tiba masuk ke laluan bertentangan lalu melanggar motosikal mangsa,” katanya dalam satu kenyataan.
Beliau menambah, semasa kejadian cuaca dalam keadaan baik dan jalan lurus.

Sehubungan itu, pemandu kereta Perodua Bezza telah ditahan di Balai Polis Telupid untuk membantu siasatan. 

Manakala pembonceng motosikal mendapat kecederaan dibahagian kaki dan keadaannya stabil".

Kasim berkata, mayat mangsa telah dihantar ke Hospital Beluran untuk bedah siasat.

Beliau berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Next Post Previous Post