Lelaki maut motosikal terbabas

SIBU: Seorang lelaki tempatan maut selepas motosikalnya terbabas sendiri dalam kemalangan di Jalan Kwang Ann Crescent dekat sini awal pagi tadi.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Sarawak, Superintendan Alexson Naga Chabu berkata, mangsa yang maut dikenali Syvester Saley Ukol, 41, dari Jalan Kemuyang, Sibu.
Borneo Network difahamkan mangsa semasa kejadian bergerak dari arah pasar Sungai Merah menuju ke arah pusat bandar pada jam 1.15 pagi.

“Kemalangan berlaku ketika tiba di suatu jalan di Jalan Kwang Ann Crescent, motosikal mangsa  telah hilang kawalan lalu terbabas ke sebelah kiri jalan.”

“Mangsa yang mengalami kecederaan parah disahkan meninggal dunia ditempat kejadian oleh pihak Hospital Sibu,” katanya dalam satu kenyataan hari ini. 

Kes masih dalam siasatan di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.
Next Post Previous Post