Kantoi sorok dadah bawah bantal


KUCHING: Seorang penganggur dicekup disyaki terlibat dalam aktiviti penyalahgunaan dadah di sebuah rumah di Kampung Duyoh, Bau hari ini.

Ketua Polis Daerah Bau DSP Poge Nyaon berkata, lelaki berusia 32 tahun itu ditangkap oleh Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik sekitar jam 12.30 tengah hari.
"Semasa membuat pemeriksaan, suspek sedang berada di dalam bilik tidur."

"Hasil pemeriksaan pihak polis menjumpai satu paket plastik lutsinar berisi ketulan kristal putih disyaki dadah dianggarkan seberat 0.52 gram dan bernilai RM60 di bawah bantal atas tilam tempat lelaki tersebut sedang baring," katanya dalam kenyataan hari ini.

Hasil siasatan awal lelaki tersebut mengaku ada mengambil dadah dua tiga hari yang lepas. 

Lelaki tersebut juga mengaku mendapat dadah hasil pemberian teman.

Saringan awal air kencing mendapati lelaki tersebut positif dadah Kes di siasat dibawah Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan Seksyen 15(1)(a) akta yang sama.
 
Beliau memberitahu, suspek terbabit mempunyai rekod lampau.

Suspek akan direman untuk siasatan lanjut.
 
Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik akan terus menjalankan rondaan di sekitar kampung serta memohon kerjasama masyarakat setempat untuk memberi maklumat jika mempunyai maklumat kegiataan dadah.
Next Post Previous Post