Kanak-kanak lelaki mati lemas

KUCHING: Seorang kanak-kanak lelaki berusia 20 bulan meninggal dunia dipercayai lemas selepas ditemukan terapung di sungai  di Kampung Muara Tebas, Rabu.

Menurut bapa mangsa, mayat Mohd Rais Ismail ditemukan sekitar jam 7.30 malam tidak jauh dari rumah.

“Mangsa kemudian dibawa ke Hospital Umum Sarawak namun disahkan meninggal dunia,” katanya.
Katanya, semasa kejadian isterinya sedang memasak didapur dan tidak menyedari mangsa keluar sendirian ke jeti melalui pintu dapur.

Ketua Polis Daerah Kuching ACP Ahsmon Bajah dalam kenyataan mengesahkan kejadian itu.

 "Mangsa disedari hilang oleh ibunya dari rumah mereka iaitu tidak jauh dari lokasi kejadian sekitar jam 6 petang."
“Keluarga mangsa kemudian terus mencari mangsa dan menemuinya terapung dalam keadaan tidak sedarkan diri kira-kira sejam kemudian.”

Dipercayai mangsa terjatuh dari atas jambatan di luar rumah keluarganya dan keadaan air ketika itu sedang pasang.

Beliau berjata, setakat ini kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut (SDR) dan siasatan lanjut secara menyeluruh sedang dijalankan.


Ketika ini, jenazah masih diuruskan di forensik Hospital Umum, dan dijangka akan dikebumikan pada sebelah petang di Tanah Perkuburan Islam Bako.
Next Post Previous Post