Jejambat terpanjang di Sarawak dibuka


BINTULU: Jejambat Nyabau Pakej Kontrak Kerja 10 Lebuhraya Pan Borneo (LPB) akan dibuka kepada orang awam bermula tengah malam 25 Jan

Unit Lebuhraya Pan Borneo, Jabatan Kerja Raya Sarawak berkata, jejambat sepanjang 1.2 kilometer dan terpanjang di Sarawak itu  dibuka dari laluan utama menuju ke arah Miri, bermula dari arah lampu isyarat Bintulu ke Miri, dan laluan utama menuju ke arah Sibu, bermula dari lampu isyarat Bintulu ke Sibu. 

"Jejambat Nyabau merupakan salah satu jejambat (interchange/flyover) yang terdapat di bawah jajaran seksyen Nyabau iaitu salah satu daripada tiga jajaran seksyen di bawah WPC10 selain daripada jajaran seksyen Niah dan Bakun," katanya menerusi kenyataan, hari ini.

Sehubungan itu, para pengguna jalan raya diingatkan untuk berhati-hati apabila menggunakan jejambat. dengan mematuhi had kelajuan maksima (60 kilometer sejam), tidak melepak atau berhenti di atas jejambat.

Selain itu tidak melakukan vandalisme, berlumba serta berjalan atau berlari (jogging) di atas jejambat berkenaan demi keselamatan semua.

Selain itu katanya, para pengguna jalan raya juga dinasihati merancang perjalanan di kawasan-kawasan yang terlibat dengan kerja-kerja pembinaan LPB. 
Next Post Previous Post