Dua kanak-kanak antara tiga mangsa dilanggar hilux
Jurucakap Angkatan Pertahanan Awam (APM) Daerah Kuching berkata, ketiga-tiga mangsa dilaporkan telah dilanggar oleh sebuah hilux kira-kira jam 1.20 petang tadi.
Katanya, pihaknya telah menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian sekitar jam 1.30 petang sebelum menggerakkan pasukan APM ke lokasi.
Difahamkan, setibanya pasukan APM ke lokasi mendapati ketiga-tiga mangsa telah mengalami kecerderaan akibat kemalangan itu.
Mangsa pertama, Irfan Naufal Rozaidi, 9, mengalami kecerderaan di bahagian kaki kiri dan pinggang sementara mangsa kedua,
Izzanx Aidielputra,9, mengalami kecerderaan di bahagian kaki kanan dan tangan kanan.
"Sementara itu, seorang wanita mengalami kecerderaan di bahagian 'lower limb' dan ketiga-tiga mangsa telah dikejarkan ke Hospital Umum Sarawak (HUS) untuk tindakan lanjut," katanya dalam kenyataan hari ini.