Dua buah rumah di Kampung Tebakang Melayu di sini dinaiki air


SERIAN: Hujan lebat berterusan selama beberapa jam mengakibatkan dua kediaman di Kampung Tebakang Melayu di sini dinaiki air setakat jam 10 pagi tadi.

Pemangku Pegawai Pertahanan Awam Daerah Serian, Lt (PA) Mohd Irwandhy Paijan berkata, hasil pemerhatian dan penelitian pagi tadi mendapati dua rumah penduduk telah dimasuki air di kampung berkenaan.


Sehubungan itu, tiga anggotanya telah membantu mengangkat barang-barang mangsa di kedua-dua rumah ke tingkat atas sebagai langkah berjaga-jaga.

Bagaimanapun setakat laporan ini ditulis, tiada Pusat Pemindahan Sementara (PPS) dibuka manakala cuaca dilaporkan dalam keadaan cerah di lokasi.

-Tamat-
Next Post Previous Post