Belanja berbilion, Menteri lemah, rakyat bantu rakyat
Malaysia sudah tenggelam, jangan nafikannya - Shafie
KUALA LUMPUR: Presiden Parti Warisan Datuk Seri Shafie Apdal semalam membidas kerajaan pusat atas kegagalan untuk mengkaji semula templat tentukur pengurusan banjir negara secara berkala.
Semasa Mesyuarat Khas Penggal Keempat Persidangan Parlimen Ke-14 Dewan Rakyat semalam, Shafie menekankan perubahan iklim adalah benar dan Malaysia perlu bertindak selangkah ke hadapan dalam menangani masalah ini.
Persidangan itu diadakan bagi membincangkan usaha pasca banjir, penyelarasan bantuan kepada orang ramai dan perancangan tebatan banjir jangka panjang.
"Perubahan iklim adalah nyata. Banjir adalah masalah di Malaysia dan bukan sesuatu yang baru berlaku dan sudah lama berlaku tetapi apa yang berterusan kita lihat adalah kerajaan gagal menguruskannya.
"Tragedi banjir yang melanda baru-baru ini menunjukkan setiap ahli politik bertelagah tentang siapa yang harus dipertanggungjawabkan. Bagi saya, Perdana Menteri harus tampil ke hadapan dan bertanggungjawab atas kehilangan 27 nyawa.
"Kamu adalah 'CEO' kepada negara. Kamu ada kuasa untuk memanggil semua menteri untuk berbincang. Jangan tunggu sehingga 50 nyawa terkorban," katanya dipetik menerusi laporan MalayMail semalam.
Shafie terus menegur kerajaan kerana rakyat, NGO dan sukarelawan yang tampil membantu tanpa sebarang bantuan kewangan.
"Kita berbelanja berbilion ringgit untuk semua kementerian, tetapi pada akhirnya, rakyat sendiri tampil membantu antara satu sama lain. Di mana silap kita?
“Kerajaan ini telah gagal. Bukan sahaja dari segi kewangan, tetapi juga apabila ia melibatkan kehilangan nyawa rakyatnya.
“Janganlah kita menafikan. Negara tidak akan tenggelam. Kita sudah berada di dalamnya... pengangguran, kemiskinan dan kadar kematian,” tegasnya.