Abang Jo pengerusikan Mesyuarat Ahli-Ahli Lembaga BDA Ke-83

BINTULU: Polisi dan hala tuju Lembaga Kemajuan Bintulu (BDA) dalam merancang pembangunan ekonomi dan sosial di Bintulu antara isu dibincangkan pada Mesyuarat Ahli-Ahli Lembaga BDA Ke-83 di sini hari ini.

Mesyuarat yang dipengerusikan oleh Ketua Menteri yang juga Pengerusi BDA, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berlangsung kira-kira tiga jam di Hotel Fairfield Marriot Bintulu Paragon.

Antara isu lain yang turut dibincangkan adalah manfaat diperolehi penduduk Bintulu menerusi pelaksanaan inisiatif manifesto Gabungan Parti Sarawak (GPS) yang telah diumumkan pada Pilihan Raya Negeri Ke-12 (PRN12) Sarawak lalu.

Turut hadir, Setiausaha Kerajaan Negeri Sarawak Datuk Amar Jaul Samion, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jepak, Datuk Talib Zulpilip, Timbalan Pengerusi BDA, Dato Haidar Khan Asghar Khan, Residen Bahagian Bintulu, Datu Jack Aman Luat, Pengurus Besar BDA, Datu Muhammad Yaakup Kari dan Pengarah Jabatan Tanah dan Survei Sarawak, Datu Abdullah Julaihi.


Next Post Previous Post