7 dikompaun merokok di kedai kopi

BINTULU: Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menegaskan larangan merokok di semua premis makanan masih terpakai sehingga kini.

Pejabat Kesihatan Bahagian Bintulu berkata, semua premis makanan termasuk tempat terbuka adalah kawasan larangan merokok.
Pada minggu lepas, Pejabat Kesihatan Bahagian Bintulu telah melaksanakan Operasi Penguatkuasaan Pematuhan prosedur operasi standard (SOP) Akta 342 dan Peraturan-Peraturan Kawalan Hasil Tembakau (PPKHT) 2004 di sekitar
kawasan industri Kidurong.

"Sebanyak tujuh kompaun di bawah PPKHT 2004 telah dikeluarkan," katanya dalam hantaran di Facebook hari ini.
Pejabat Kesihatan Bahagian Bintulu memberitahu, larangan ini bermula 1 Januari 2020 dan tidak pernah dibatalkan oleh KKM.

"Aktiviti penguatkuasaan masih dijalankan dari semasa ke semasa," katanya.
Next Post Previous Post