19 kes baharu COVID-19

Kategori satu dan dua sahaja

KUCHING: Sarawak hari ini merekodkan 19 kes baharu COVID-19 iaitu 10 kes kategori satu (tidak bergejala) dan sembilan kes kategori dua (gejala ringan). 

Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS) dalam kenyataan harian COVID-19 berkata, ini menjadikan jumlah kumulatif kes di negeri ini meningkat kepada 252,751 kes.

Jelasnya, daripada jumlah kes positif baharu itu, Sibu merekodkan lima kes diikuti Kuching (5), Miri (3), Song (2) dan masing-masing satu kes di Kapit, Limbang, Samarahan dan Bukit Mabong. 

Selain itu, JPBNS memberitahu tiada kes kematian akibat COVID-19 dan tiada kluster baharu dikesan hari ini.

Sementara itu, polis Sarawak telah mengeluarkan tujuh kompaun, kesemuanya di daerah Kuching kerana didapati melanggar Prosedur Operasi Standard (SOP).

Jelas jawatankuasa itu, kesalahan tersebut adalah gagal mengimbas QR Code MySejahtera dan mencatat kehadiran sebelum memasuki premis.

Tambahnya, ini menjadikan jumlah keseluruhan notis kompaun dikeluarkan polis Sarawak sehingga kini sebanyak 13,046.


Next Post Previous Post