Pemuda makan batu diarah jalani pemulihan

BETONG: Tiga orang pemuda dihadapkan ke Mahkamah Majistret Betong hari ini atas dakwaan penyalahgunaan dadah. 

Ketua Daerah Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) daerah Betong Azimah Marsid dalam kenyataan medianya berkata kesemua tertuduh telah dibicarakan dan menerima hukuman masing-masing.

Ketiga- tiga tertuduh berusia antara 19 hingga 34 tahun, dua daripadanya dari Debak dan seorang lagi dari Spaoh.

"Dua daripada diperintah menjalani rawatan dan pemulihan dadah di Pusat Pemulihan Penagihan Narkotik (PUSPEN) Kuching berkuatkuasa serta-merta.

"Tertuduh diperintah menjalani hukuman selama dua tahun di bawah Seksyen 6(1)(a) Akta Penagih Dadah Rawatan dan Pemulihan 1983 pindaan 1988.

"Manakala seorang lagi tertuduh yang berusia 19 tahun diperintahkan untuk menjalani rawatan dan pemulihan dalam Komuniti (Pengawasan) selama dua tahun di bawah Seksyen 6(1)(b) Akta Penagih Dadah ( Rawatan Dan Pemulihan) 1983 pindaan 1998," katanya.

Mereka ditangkap atas kesalahan positif dadah jenis syabu dalam Operasi Bersepadu yang dijalankan oleh AADK Betong. 
Next Post Previous Post