Bas sekolah percuma di Kuching, Samarahan

KUCHING: Sarawak membelanjakan RM5 juta setahun untuk perkhidmatan bas sekolah percuma di Bahagian Kuching dan Samarahan.

Ketua Menteri Datuk Patinggi abang Johari Tun Openg berkata, bas percuma melibatkan 32 sekolah di Kuching dan Samarahan dengan memberi manfaat kepada 3,000 pelajar.

Menurutnya, perkhidmatan bas sekolah percuma tersebut bertujuan membantu golongan berpendapatan rendah B40.

"Perhidmatan bas percuma ini membantu ibu bapa yang dibeban dengan masalah logistik.

"Ia membuktikan apa yang saya janji ditunaikan. Inisiatif perkhidmatan bas sekolah percuma ini akan dapat meringankan beban B40 terutamanya di kawasan bandar," katanya pada sidang media selepas meklancaran  perkhidmatan bas sekolah percuma bagi Kuching dan Samarahan di Padang Merdeka hari ini.

Pada Februari lalu, Menteri Pengangkutan Sarawak, Datuk Lee Kim Shin berkata, sebanyak 18 zon membabitkan sebanyak 21 laluan sudah  dikenal pasti bagi memulakan program itu di bandar Kuching. 

Zon itu ialah Pusat bandaraya Kuching, Satok, Matang, Pending, SK Muhibbah, Buntal, Semariang, Jalan Merdeka, Astana, Gita Laut, Taman Lee Ling, Pulau Salak dan Pasir Panjang dan Pasir Pandak, Rampangi, Malihah, Boyan Gersik dan Sourayabaya Ulu, Desa Wira, Tabuan dan Bako.

Ada tiga peringkat jam beroperasi perkhidmatan bas sekolah percuma itu iaitu dari jam 5.30 hingga jam 7. 30 pagi, jam 11 pagi sehingga jam 2.30 petang dan jam 5 petang sehingga jam 7 petang.

Abang Johari berkata, perkhidmatan bas sekolah percuma di Bahagian Kuching dan Samarahan yang memberi manfaat kepada 3,000 pelajar.

Beliau berkata, kerajaan akan melancarkan bas sekolah percuma di  Miri, Sibu dan Bintulu pada masa akan datang.
Next Post Previous Post